Takaful...Bukan Sekadar Kad Perubatan

9 SEBAB WAJIB MEMILIKI TAKAFUL

8:59 PM No Comment
Assalammualaikum..

Lama juga tak update blog ni. Cbuk dgn tugas harian dan juga cbuk melayan kerenah baby baru. Alhamdulillah, hujung bulan Feb aritu, dikurniakan anak yg ke-3. Saya sebagai ayah mengharapkan semoga anugerah dari Allah S.W.T ini, menjadi anak yang soleh, Insha Allah. Dikesempatan ni, saya nak share 9 sebab kenapa anda semua perlu ada takaful. Sama ada info ini bermanfaat atau tidak kepada diri anda, itu adalah hak individu. Objektif saya agar anda semua mempunyai serba sedikit pengetahuan tentang takaful ni. Musibah sama ada sakit atau mati akan datang pada bila2 masa. Selain amalan terhadap Allah S.W.T yang perlu kita tingkatkan, apa salahnya jika kita meninggalkan sedikit harta untuk orang yang kita sayang, orang yang pernah susah dan senang bersama dengan kita ketika KETIADAAN kita nanti. TAKAFUL juga salah satu cara untuk kita membantu waris2 kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda semua. In sha Allah.

Kisah Tidak Memiliki Takaful dan Video Health Enrich dari Prudential BSN Takaful

10:30 AM No Comment
Assalammualaikum w.b.t,

Video 1:


Disini saya sertakan video ringkas tentang Kad Perubatan dari Prudential BSN Takaful iaitu Health Enrich. Ini merupakan  video official dr laman web Prudential BSN Takaful. Didalamya terdapat sedikit penerangan ringkas tentang produk takaful yang mungkin anda cari.

Tempoh Menunggu Kad Perubatan

10:19 AM No Comment
Assalamualaikum w.b.t,

Jom ambil tahu berkenaan tempoh menunggu PRUDENTIAL BSN Takaful. Ianya amat penting supaya sentiasa memastikan polisi anda sentiasa dalam keaadaan INFORCE

1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.Perlindungan serta-merta.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad

4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.

Hospital Panel Prudential BSN Takaful

1:34 PM No Comment



KUALA LUMPUR / SELANGOR


Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022

Sentosa Medical Centre

36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166

Flyers Pelan Takaful 5 in 1 PrudentialBSN Takaful

2:12 AM No Comment
As salam..disini saya sertakan flyers bagi Pelan Takaful 5 in 1 dari Prudential BSN Takaful. Turut disertakan dalam flyers ni, penerangan ringkas ttg benefit2 yang klien akan peroleh dari pihak Prudential BSN Takaful. Terdapat Pampasan Kematian (Nyawa), Sakit Kritikal, Kemalangan, Kad Perubatan dan juga Simpanan.  Harga minimum bagi pelan takaful ini ialah RM100 SEBULAN. Saya juga telah huraikan pelan takaful ni dengan lebih detail di bahagian yang lain (klik sini). 



Booth PrudentialBSN Takaful di Pasar Tani, Batu Gajah, Perak

1:55 AM No Comment

Saya (seperti dalam gambar) sering mengadakan jualan takaful di beberapa lokasi tertentu. Antara tempat yang sering saya kunjungi untuk jualan takaful ialah di Pasar Tani, Batu Gajah, Perak. Pasar Tani ni diadakan setiap hari Ahad. Memang ramai orang kat sini. Pasar Tani pun besar dan meriah. Saya dan beberapa rakan lain akan mula buka booth di sini seawal jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Alhamdulillah, dah lebih kurang setahun kami bertapak di sini. Sambutan dari orang Batu Gajah juga menggalakkan. Hampir setiap minggu, ada saja pengunjung yang berhenti di booth kami untuk bertanyakan Produk Prudential BSN Takaful ni. Ada juga pelanggan yang sengaja singgah di booth kami walaupun mereka sudah memiliki Pelan Takaful dari Prudential BSN Takaful.

Tips Memilih Syarikat Takaful

12:58 PM No Comment




Ramai Rakyat Malaysia yang keliru macam mana hendak memilih company yang betul,product yang tepat ,agent yang jujur ,budget yang sesuai dan banyak lagi tanda tanya atau persoalan apabila membeli insurance atau takaful di malaysia 
Tips:

1) Company Insurans dan Takaful Yang Betul
Mudah Sangat,Bila Kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang senang bila process tuntutan dan yang betul,caranya mudah, pergi ke kaunter hospital dan tnya pada kaunter’kalau saya nak beli insurans company apa yang patut saya pilih”,dengan pemilihan company yang betul,dah tentulah company yang akan membayar tuntutan dan company yang kukuh serta stabil dari segi kewangannya.

Jangan BERHUTANG Masa Depan ANAK Anda!!

2:46 PM No Comment
Assalammualaikum w.b.t..

Saya pasti setiap insan bergelar ayah atau ibu mengimpikan masa depan yang cerah untuk anak-anak mereka. Salah satu caranya ialah dengan menyediakan pendidikan yang sempurna untuk anak2. Dalam menyediakan pendidikan anak2 dari tadika sehinggalah ke alam universiti, sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang besar.Tamat di alam universiti pada masa hadapan, bukanlah penentu kepada kerjaya yang cemerlang.

 Namun, kita sebagai ayah atau ibu pada zaman moden, yg mempunyai kerjaya yg meyakinkan seharusnya bertindak awal dengan menyediakan simpanan pendidikan untuk anak2 kita. Saya yang juga seorang ayah turut tidak mahu anak2 menanggung hutang pendidikan yang besar walaupun mereka belum lagi menamatkan pelajaran diperingkat tertinggi dan belum memperoleh pekerjaan.

Majlis Shariah Prudential BSN Takaful

2:42 PM No Comment
Majlis Syariah Prudential BSN Takaful
Kepada yang masih belum mengetahui, disini admin ingin share Majlis Syariah PruBSN Takaful. Majlis yang menentukan takaful yang dijalankan berasaskan shariah dan mematuhi hukum Islam:

1. Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad – SC Chairman Datuk Haji Mohd Nakhaie is currently the President of Islamic Dakwah Foundation of Malaysia . Graduated from Al-Azhar University in theology and philosophy, he also holds a master degree in Islamic history and civilization from Cairo University .

Pengenalan Syariah, Takaful & Tabbaru'

12:57 PM No Comment
Disini, saya sertakan beberapa maksud serta konsep yang berkaitan dengan syariah dan juga takaful. Semoga ia memberi pemahaman mudah kepada anda di luar sana yang sedang mencari pelan takaful yang bersesuaian dengan kehendak anda.Semoga ianya membantu.

Syariah
• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.

Apakah Takaful?
• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sebagai satu Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Produk PruBSN: Smartlink

11:44 AM No Comment
Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Produk PruBSN: UmmahLink

10:48 AM No Comment
Pelan Ummahlink
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi. PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam. Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi. PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.

Produk PruBSN: Takafullink

10:25 AM No Comment
Pelan Takafulink Prudential BSN Takaful (PruBSN) adalah suatu produk komprehensif yang menyeluruh gabungan semua jenis perlindungan hayat, penghospitalan dan simpanan pelaburan.
Ianya membantu anda merancang tahap perlindungan yang sesuai dengan hidup anda dan dirangka dengan matlamat untuk menangani keadaan-keadaan yang tidak menentu dalam kehidupan seharian.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa, begitu juga dengan keutamaan hidup yang sentiasa berubah. Maka perancangan kewangan kita perlu selaras dengan peredaran hidup dan Pelan Takafulink PruBSN memberikan anda kawalan kerana ia dapat disesuaikan dengan pelbagai peringkat kehidupan tersebut.

Jangan Fikir MURAH...TAPI Fikir KUALITI..!!!

10:35 PM No Comment
INFO BAGI SESIAPA YANG MAHU FAMILI PLAN (1 KAD COVER 1 FAMILI) & Personal Accident.

1. Hak murah cover tinggi sentiasa orang cari.. Itu normal. Jika fikir logik benda bayar sikit cover tinggi dimana mahu syarikat takaful ada duit nak bayar? Harga takaful +- lebih kurang sama.

Bezanya apa kita dapat??

Jika sepatutnya dan kebiasaannya harga sesuatu barang RM100. Harga setara dengan barangan sama tapi jenama lain tiba2 dijual RM50 pasti ada sesuatu tidak kena. Contoh. Minyak pelincir fullysintetik overall harga RM200 kan.. Tidak kira Castrol Shell Petronas dll. Tiba2 Castrol ini (pekedai) jual RM100. Pasti ia MURAH!!! JADI pelik. Semak punya semak minyak itu sudah EXPIRED.
Moralnya... jika harga dicanang murah sangat daripada kebiasaan/standardnya sila berhati2. Mana mungkin penjual nak jual tiada untung.

Simpan di Bank atau di PrudentialBSN Takaful - SAMA atau BEZA??

10:20 PM No Comment
Ramai yang masih belum sedar akan kepentingan takaful bagi diri sendiri, keluarga, mahupun waris.
Tidak dinafikan, sesetengah individu mempunyai simpanan kewangan yang kukuh di bank2 simpanan.

Namun, adakah simpanan di bank2 ini cukup untuk menampung keperluan diri sendiri, keluarga mahupun waris pada masa akan datang??

Mungkin semasa diri anda masih sihat dan kuat bekerja, simpanan anda akan bertambah SETIAP BULAN
 
Mungkin jika anda seorang ahli perniagaan, simpanan di bank akan bertambah SETIAP HARI... 
 Namun, bagaimana keadaan simpanan anda ini jika sesuatu musibah menimpa diri anda seperti KEMALANGAN ataupun KEMATIAN.

Kad Perubatan Untuk Bayi di dalam Kandungan(KHAS UNTUK IBU HAMIL)

10:01 PM No Comment
Assalamualaikum...

Tahniah kepada Puan yang sedang mengandungkan cahaya mata, didoakan puan & kandungan sentiasa sihat.

Saya percaya Puan & Tuan pasti mahu menyediakan 1 pelan Smartlink PruBSN Takaful untuknya. Kini mereka (bayi) boleh memilikinya seawal usia kandungan 20 minggu.

Kelebihan yang boleh diperolehi daripada pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN Takaful ialah kemudahan kad perubatan seawal dalam kandungan.

1. PRA-MATANG

Setiap kandungan berisiko untuk menjadi kandungan PRA-MATANG iaitu bayi dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu. Risiko ini tidak boleh diketahui oleh mata kasar walaupun kandungan dalam keadaan sihat.

Apa kesan jika berlaku Pra-Matang? Kesannya ialah tentang pemilikan polisi untuk anak tersayang.

Manfaat Kad Perubatan HealthEnrich Untuk WANITA

9:57 PM No Comment
Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi pelanggan wanita di luar sana, Prudential BSN Takaful turut menyediakan manfaat perubatan bagi bakal-bakal ibu atau wanita yang sedang hamil dalam setiap jenis kad perubatan yang dikeluarkan. Ini termasuklah Kad Perubatan jenis HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced serta HealthEnrich Premier. Manfaat perubatan ini KHAS diberikan kepada kaum WANITA SAHAJA. Ia merupakan pelan perubatan yang PERTAMA di MALAYSIA untuk bakal-bakal ibu atau wanita yang sedang hamil.

Melalui kad perubatan ini, setiap wanita yang hamil berhak mendapat perlindungan bagi beberapa jenis penyakit berikut:

Kad Perubatan HealthEnrich dari PruBSN

9:47 PM No Comment
Apakah Medical Card HealthEnrich ?

HealthEnrich direka untuk memastikan anda menerima rawatan perubatan yang tiada tandingan. Rasa yakin apabila anda menerima nasihat perubatan dari pakar dunia. Peroleh ketenangan sepanjang kehamilan dengan dengan perlindungan komplikasi-komplikasi kehamilan yang komprehensif. Anda juga dapat menikmati keselesaan dan privasi melalui penginapan suite dengan pembantu perubatan khas yang memenuhi keperluan anda.Terdapat tiga jenis medical card HealthEnrich yang disediakan.Antaranya, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan Health Enrich Premier. Setiap medical yang ditawarkan, mempunyai kelebihan masing-masing.

Antara Kelebihan Medical Card HealthEnrich Select:

Disini, saya ingin menunjukkan antara kelebihan Medical Card HealthEnrich Select dan tawaran manfaat yang diperoleh.Medical Card HealthEnrich Select adalah suatu kad perubatan MAMPU MILIK yang dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful kepada individu dan keluarga di luar sana yang inginkan perlindungan perubatan serta MESRA KEWANGAN.

Apa itu Kad Perubatan?

7:18 PM No Comment
Anda tahu apa itu Kad Perubatan?
Health Enrich Select

KAD PERUBATAN adalah kad yang memberi kemudahan kepada anda untuk mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta secara cashless. Anda juga boleh menyimpan wang sendiri untuk perubatan dan kenapa perlu kad perubatan?

Jika anda simpan RM200 sebulan. Bila simpanan anda akan menjadi RM500,000? Anda perlukan 208 tahun!

Dengan medical card, anda simpan RM200 sebulan. Prudential akan bayar semua bi perubatan anda. Seperti yang saya katakan, anda menyimpan bukan membayar untuk kad perubatan.

Kenapa ANDA perlu ada TAKAFUL?

6:11 PM No Comment
7 Sebab Anda Perlukan Takaful
Anggaran Kos Perubatan di Malaysia
#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka seperti:

Apakah Pelan Takaful Keluarga?

5:54 PM No Comment
Apakah Pelan Takaful Keluarga?
Pelan Takaful Keluarga adalah pelan yang telah dibina untuk memberi perlindungan kepada pemegang polisi terhadap ketidaktentuan dalam kehidupan dan juga untuk perlindungan masa depan anak-anak anda.Terdapat tiga pelan Takaful Keluarga yang sentiasa memenuhi citarasa dan keperluan pengguna. Antaranya ialah:

  1. Pelan Takafullink (Untuk orang dewasa khususnya yang telah bekerja)
  2. Pelan Ummahlink (Pelan Perlindungan Tambahan untuk orang dewasa dengan ciri-ciri baru seperti Umrah dan Haji.


  3. Pelan Smartlink (Untuk kanak-kanak yang belum atau masih bersekolah)
  4. Pelan Firstlink (Untuk remaja yang kian dewasa serta masih belajar di institut-institut pengajian).  

TAKAFUL dan PERBEZAANYA dengan INSURANS

5:38 PM No Comment

Apa itu Takaful?
Insuran Takaful dan Konvensional
Takaful ditakrifkan sebagai persetujuan bersama antara pihak-pihak di mana mereka bersetuju untuk memberi bantuan material kepada satu sama lain atau kumpulan, dalam waktu musibah. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa setiap pihak hendaklah terlebih dahulu bersetuju mengenai bentuk sumbangan yang akan digunakan kemudian di atas dasar faedah bersama. Skim Takaful memenuhi semangat perundangan Islam (Syariah) yang merupakan gabungan konsep kerjasama perlindungan dan tanggungjawab yang mereka laksanakan bersama.

Adakah Takaful hanya untuk orang Islam sahaja?

Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan.

Kenali Prudential BSN Takaful (PruBSN)

5:34 PM No Comment
Siapakah PruBSN?
PruBSN adalah usahasama antara dua entiti kewangan yang kukuh dan stabil, Prudential plc (Prudential) United Kingdom dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Usahasama secara rasmi diluluskan oleh Bank Negara Malaysia pada 8 Ogos 2006.

Apakah jenama PruBSN?

Jenama kami adalah aset yang paling penting bagi membolehkan kami merekrut individu-individu berbakat untuk menyertai entiti kami selain menyediakan platform yang mewujudkan imej positif dengan orang ramai. Kami memandang serius imej jenama kerana ia bukan sekadar kecemerlangan produk, tetapi ukuran kualiti yang merentasi semua amalan kami.

Bagaimana saya tahu pelan Takaful mana yang terbaik untuk saya?

Selamat datang ke Blog Prudential BSN Takaful Cawangan Ipoh

5:27 PM 2 Comments
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T, kerana dengan izinNya, maka dapatlah saya menyiapkan blog ini. Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya, En. Ahmad Sofri b Zainudin. Seorang agen takaful bagi Prudential BSN Takaful Berhad yang berpusat di Ipoh. Saya berasal dari Kampar, Perak dan kini menetap di Ipoh. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk membantu individu-individu di luar sana yang sedang mencari-cari pelan takaful yang bersesuaian dengan diri, mahupun keluarga anda. Sudah pasti, pelan takaful tersebut juga MESRA dari sudut KEWANGAN anda. Saya berharap, dengan adanya blog ini, ia dapat memberi suatu info yang berguna dan panduan kepada anda dalam memilih pelan takaful demi masa depan anda semua. Doakan saya sentiasa sihat agar dapat memberi info berguna kepada anda pada saat dan waktu yang diperlukan. Sebarang pertanyaan mengenai produk takaful dari Prudential BSN Takaful, bolehlah diajukan pada nombor dibawah:

 
Distributed By Ahmad Sofri from Prudential BSN Takaful Ipoh. All Right Reserved