Disini, saya sertakan beberapa maksud serta konsep yang berkaitan dengan syariah dan juga takaful. Semoga ia memberi pemahaman mudah kepada anda di luar sana yang sedang mencari pelan takaful yang bersesuaian dengan kehendak anda.Semoga ianya membantu.
Syariah
• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.
Apakah Takaful?
• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab
Kafala
yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta
bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko
yang akan timbul sebagai satu Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.
Asas Takaful
• Jaminan bersama
• Penyertaan di dalam skim yang dipersetujui bersama
• Membantu satu sama lain menggunakan tabung yang ditakrifkan (tabung tabarru') untuk membayar kerugian yang ditakrifkan
Prinsip Takaful
• Tanggungjawab bersama
• Membantu dan bekerjasama
• Perlindungan bersama
Tabarru’
• Definisi – Derma
• Mengubah kontrak
• Peserta adalah pihak yang menanggung risiko bukannya syarikat
• Pengendali Takaful bukannya pemilik kepada dana tetapi adalah penjaganya
• Pengendali Takaful tidak boleh menggunakan derma-derma tersebut melainkan mendapat kebenaran dari peserta
• Elemen Gharar dan Masyir terhapus serta-merta
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :