Apa itu Takaful?
Insuran Takaful dan Konvensional |
Adakah Takaful hanya untuk orang Islam sahaja?
Tidak. Takaful disediakan untuk semua kaum, agama dan individu yang berminat untuk melabur demi keselamatan dan perlindungan.
Bagaimana Takaful Berbeza daripada Insurans.
Takaful adalah berdasarkan konsep kerjasama di mana peserta bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam masa yang diperlukan bersama. Sebahagian daripada caruman yang dibayar oleh setiap peserta disimpan sebagai Dana Tabarru' (risiko dana) dan wang caruman dalam dana itu akan digunakan bagi membayar tuntutan yang dibuat oleh peserta lain. Ini yang dimaksudkan dengan konsep 'membantu antara satu sama lain'. Dalam kes ini, pengendali takaful bertindak sebagai pengurus dana dan bukan pemilik dana. Sebarang lebihan dalam dana risiko akan diagihkan kembali kepada peserta yang layak.
Takaful VS Insurans |
Takaful Companies VS Insurans Companies |
Polisi insurans adalah produk yang dijual oleh syarikat insurans yang mana wang itu dikumpulkan dalam dana risiko yang dimiliki oleh syarikat insurans dan tuntutan dibayar daripada dana ini. Pemegang polisi pelan insurans tidak berkongsi wang caruman untuk membantu pemegang polisi lain yang memerlukan. Pemegang polisi insurans mengambil pelan dengan syarikat insurans untuk melindungi dirinya, orang tersayang atau harta benda sahaja.
No comments :